Friday, June 1, 2012

kan ku cari konklusi :)

Aku ada hak untuk bercakap , ya , ouh jap , Assalamualaikum , ya pembaca dihormati , sebelum mulut digari , lebih baik buka mulut di hearty , sebelum membuat kenyataan tersimpul mati , serta konklusi , aku mintak roti jangan bagi besi , pleaseeeee , selama ni aku post status kat FB , bukan saja-saja , aku mengkaji rupanya , aku dah diberitahu , FB merupakan medium untuk menjadikan fitnah tersebar luas , aku dah tahu keburukannya dari awal , semua ponn tahu , tapi kenapa buat ? so kali ni aku try amik inisiatif untuk diri aku sendiri , ya , aku manusia biasa yang tak sempurna untuk mengkaji sesuatu yang femes , memang memerlukan agenda untuk memalukan diri sendiri , disebabkan IT pon ada LAW sendiri , padah akan menghampiri diri kalau hati berbicara , sebab kita tahu hati tak boleh menipu , ya , ya , itu sebab aku banyakkan update status agama aku sendiri sebab aku takut tersimpang jauh dari landasan Ilahi. Disebabkan aku sudah berada disatu tempat untuk mengenal jati diri , apa kata aku amik peluang untuk korbankan diri , adakah untuk kepuasan orang ? semestinya tidak , tapi untuk kepuasan hati , fizikalnya aku sebenarnya terdera , mungkin hati juga akan turut serta tapi ingat Allah Maha mengetahui , hati saya ini , sebab dia pencipta aku dan hati dan diri ini . Aku ada hak bersuara , melalui kata hati , aku tak peduli , tapi kalau di konklusikan melalui deria lidah akan padah , tapi buat apa nak takut sebab mereka tak kenal aku lagi . Kalau orang rasa aku merbahaya , mereka salah , mereka sebenarnya , entah la , mungkin tak kenal PENCIPTA ? Agama hanya pada nama ? dah tahu ngumpat tu tabiat , yang jahat , tapi masih meneruskan perbicaraan , di belakang , belakang , itu sebab aku selesa membuat kerja sendiri , biar mati dalam realiti , dah hidup dalam fantasi . Aku dah diperingatkan , tak akan ada istilah selamat dalam hidup ni , tapi aku perlu berhati-hati. merana aku nanti , tapi tak apa , tentera Allah berjuta-juta , insyaAllah akan selamat didunia , insyaAllah di akhirat sana :)

Saturday, May 19, 2012

si mamat berbaju merah & si manis bertudung peach. part 1.














 PROLOGUE.

Aku terlalu leka menukar helaian buku karya pingu toha bertajuk l.u.v.e.cinta antara uthman huzir dan lana.Jalan ceritanya terlalu simple untuk di fahami.Jam G-Shock berwarna merah hati yang kekal dipergelangan tangan kiri aku berbunyi 10 kali menandakan sudah pukul 10 pagi.Dan tarikh hari ini juga 10 Oktober 2010.Semacam kebetulan.Aku menaiki Bas untuk pergi ke Kuala Kangsar kerana ada seorang kawan mengajak aku berjalan-jalan di sana.Aku mahu pergi ke Muzium Istana.Aku suka pemandangan itu.Melambangkan yang 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'.Tatkala itu , mataku tertancap kepada seorang hamba Allah ni , berbaju merah berseluar jeans levi's.Mukanya seakan hampa , aku ternampak Nokia 5300 berwarna hitam dipegangnya.Riak mukanya telah memberitahu segala-galanya.Terlalu mudah untuk membaca emosi orang yang sedang berperang dengan perasaannya ketika itu.Air mata seorang lelaki terjatuh.Terlalu sakit semacam ada kaca tercucuk tepat dijantungnya.Apa yang berlaku sebenarnya kepada si mamat berbaju merah berseluar jeans levi's tu ?sekejap senyum , sekejap sedih tatkala menekan punat 'up and down' pada Nokia 5300 itu.Aku senyum.Aku terus menukar helaian karya pingu toha tu.Akhirnya bas berhenti.Sewaktu aku ingin membawa bagasi aku keluar , aku tengok lagi reaksi mamat berbaju merah tu.Dia tak berganjak.Kaku dan Statik.Aku mulai risau.Wajahnya yang putih bersih itu melambangkan bahawa dia bukan pelakon yang terbaik pernah aku jumpa.Terlalu jujur dan nurani kepada seorang insan bernama wanita.Harap-harap begitulah.Aku hanya mampu mengagak yang dia adalah berumur sebaya denganku.Aku tidak tahu , tapi aku hanya boleh menjangka dan hanya boleh berbaik sangka.Dalam doa , aku berharap aku dapat berjumpa dia lagi , aku mahu tahu apa yang berlaku kepadanya.Dia terlalu baik untuk disakiti.Dia terlalu jujur untuk dipermainkan.Siapa dia ? Mamat berbaju Merah berseluar jeans Levi's tu ?


1.

Situasi Orientasi disini amat memeningkan kepala , orang berlari kesana dan kemari.Seakan lipas terputus kepalanya.Tanpa arah.Keluhan terhambur.Bosan.Hanya itu sahaja perkataan dalam kepala aku sekarang.Mungkin aku sudah tidak biasa dengan situasi yang tak tumpah macam waktu sekolah 7 tahun dahulu.Ya.Aku sekarang telah meningkat dewasa.Lahir pada tahun 1991.Dan pada tahun ini , 2012 , aku berumur 21.sangat menarik kan ?Terlalu banyak kebetulan yang berlaku pada tahun ini.Aku memegang botol Mineral water cactus , isipadu minima semasa didalam peti ais , ia berukuran 1500ml.Terlalu berat bagi aku untuk mengangkat dan memusing penutup.Kriukkk.Penutup terbuka dan aku terus menegup tanpa menoleh.Dahaga.ya.Terlalu dahaga sehingga tidak peduli dengan orang lalu-lalang disitu.Tatkala isipadu air itu berkurang , aku berhenti.Mengelap bibir merahku yang basah dek air yang ke teguk itu.Hilang terus haus dikerongkong.Tatkala aku membelek jadual orientasi , hatiku berdebar-debar.Seakan ada arus elektrik menjalar kedalam jantung. "Eh , tu bukan mamat baju merah dalam bas masa aku nak gi kk ke ? dua tahun lepas ?",Hati aku berkata-kata.Tak mungkin.Apa yang dia buat disini ? Adakah mahu meneruskan pembelajarannya ? Mukanya macam 2 tahun lalu.Kosong.Seakan separuh jantungya telah hilang.Macam mayat hidup.Tapi masih lagi manis untuk dipandang.Kulitnya yang putih dan senyumannya yang boleh mencairkan ribuan gadis dileretkan kepada Akak Fesi.Dia pura-pura.ya.Dia tak pandai menipu hatinya.Dia bukan pelakon terbaik.Dia terlalu jujur terhadap orang yang dia sayang.Aku rasa.Aku mahu menegurnya,tapi aku juga mempunyai sifat malu tak bertempat.Aku tak mahu dituduh 'pura-pura baik' dengannya.walaupun niat dihati mahu menjalinkan persahabatan dengannya.Tapi aku redha.Mungkin hari ini bukan masa yang sesuai.Serahkan segalanya kepada Allah S.W.T sebab DIA tahu apa yang kita tidak tahu.Aku hanya mampu senyum kerana Allah itu Maha Bijaksana.Serahkan segala kepada-Nya.


2.


"Terdapat banyak faktor penyumbang kebakaran...." ahhh.keluhan yang ke-14 kali.Bosan.Terlalu bosan bagi kami mendengar taklimat dari pakcik bomba ni.Aku duduk di aras belakang.Berbaju Hijau.Bukan aku seorang,tapi satu kelas.satu kelas ? ramai kan ? dalam 60 orang berpakaian hijau.Hari ini ada kegiatan Kokurikulum.Aku semacam tak percaya yang aku sudah berumur 21 tahun masih menjalani aktiviti ini.Institut ini seakan Sekolah Menegah.Aku rindukan sekolah.Aku rindukan saat-saat manis di tempat bernama Sekolah.Kerana kita mengutip memori sewaktu disekolah kan ?.Oh.Hari ini , Isnin dalam bulan Februari.Bulan romantik bagi sesetengah orang.Tapi bagi aku ia tidak romantik.kerana pada bulan ni , umat islam banyak menumpahkan air mata.Aku tak sanggup.Terlalu sakit untuk kubayangkan penderitaan umat Islam pada bulan ini.Valentine Day mungkin manis bagi orang kafir tapi tidak bagi aku.Aku memang benci orang-orang sanggup berbunuhan sebab kebenaran.ya.Kebenaran menyakitkan.Tapi kenapa perlu berbunuhan ? kenapa sanggup menjadikan laut biru bertukar merah ? kenapa ? ahhh.Astaghfirullah.Nabi Muhammad S.A.W pun tak mengajar umatnya membenci umatnya.Bila aku teringat kisah Nabi S.A.W , aku sedih.Nabi S.A.W memang kekasih Allah S.W.T.sepatutnya hari kekasih disambut pada hari kelahiran Nabi S.A.W kan ? sebab Nabi S.A.W merupakan kekasih Allah S.W.T.Sewaktu aku sedang leka mendengar taklimat 'apekebendenyetuh' , aku disapa mesra oleh seseorang.

"weiy , mu dok mano? mu orang mano eh?"aku tak kenal dia,tapi memandangkan dia satu persatuan dengan aku, aku terpaksa menjalinkan hubingan ukhwah ni juga.Ia menyeronokkan bila mempunyai kawan baru.

"Aku orang Gerik.Aku orang Perak." Aku jawab dengan senyuman.Aku tak tahu kenapa aku rasa bangga dilahirkan di Taiping dan membesar di Gerik. Taiping dan Gerik.Kalau tak silap aku Taiping tewas di tangan Ipoh , itu sebab Ipoh merupakan Bandar Utama dalam dalam Perak.Tapi bagi aku sebagai orang Perak , Aku lebih suka Taiping jadi Bandaraya utama ataupun Kuala Kangsar.KK dan Taiping ada Keunikan tersendiri.Apa-apa pun aku bangga jadi orang perak dan yang paling best jadi orang Gerik.Gerik walaupun ada KFC sahaja tapi aku suka.Pernah satu ketika semasa aku lepak di Dewan Makan orang tanya "eh , Gerik tu bukan dekat dengan Kelantan ? Gerik bukan banyak Gajah ke ? Gerik Hutan kan ? Gerik tak ada apa apa kan ? aku terasa mahu membidas dengan jawapan , "ya ! aku bangga Gerik macam tu , walaupun Gerik tak membangun pesat , masyarakatnya tak terdedah dengan Maksiat !".Aku sedih.kenapa perlu memandang sesuatu tempat berdasarkan kepesatannya ? kemajuannya.Buat apa kepesatan itu kehadapan tapi rakyatnya kebelakang ?kan ?

"Oh.Orang Gerik.Nama mu apo ?"Aku dapat tangkap loghat yang dia gunakan.Dia semestinya orang Kelantan.Berbadan sedikit gempal dan sasa.Berkulit cerah macam orang cina.Mungkin dia ikut mak dia?bermata hazel.Itu luaran dia.Aku perlu kenal dia.Sebab dia baik dan mesra.Tapi aku tak mudah percaya cuma berjaga-jaga.Aku memberitahu namaku lalu , aku cerita yang aku duduk di Kampung Air Panas , Gerik sebagai informasi tambahan.Mungkin bila aku cakap 'Gerik' terlalu kuat sehingga mamat depan secara automatik berpusing kebelakang.

"Eh kau duduk Gerik ke ?" Renjatan elektrik terkena tepat kat otak aku.Ni bukan mamat baju merah dalam bas tu ke ? Mamat ni jugak menipu aku untuk kebaikan dia.Aku pernah kebilik kawan aku.Kawan aku merupakan kos aliran sama dengan aku.kejuruteraan komputer.Bila aku mengetuk pintu bilik kawan aku bernama Aidin itu , wajah mamat berbaju merah ni terkeluar.Sombong.Itu reaksi aku mula mengenalinya.Aku bertanya tentang umurnya.Dia cakap dia berumur 22 tahun.Itu menggambarkan yang dia lebih tua dari aku.Tetapi kenapa wajahnya seakan-akan tidak melambangkan 'ketuaanya' ? awet muda?mungkin ?Tapi aku tetap tak suka ekspressi kosong dimukanya.Semacam mayat.Kulit putih tetapi seakan mati.Macam Zombie.Macam ada kuasa cinta merampas kemanisan tu.kan ?siapa dia sebenarnya?kenapa sampai sekarang aku tak tahu namanya ? aku kan satu institut dengannya ?

"A'ah.tu kampung aku ? asal ? " aku menjawab dengan berbasa-basi.Kerana terlalu sombong dengan aku,aku pula mampu berbuat begitu.Macam karma.Macam pepatah 'ada ada blueberry , ada lemon grass , ada hari , aku balas'.kan ?

"Laaa.Aku pernah pegi Gerik.Tempat tu nyaman walau banyak Hutan.Aku penah tido kat masjid gerik depan balai polis tu kan ?"Setiap perkataan yang keluar dari mulut si mamat ni , berserta dengan senyuman.ikhlas pulak tu.Tak pernah aku lihat senyuman ikhlas berserta tawa.juga ikhlas.Biar betul mamat tu pernah pergi Gerik ? apa istimewa tempat tu kat hati dia ? ni tak lain dan tak bukan mesti ada kekasih hati dia kat situ.aku tak tahu tapi aku hanya mampu berbaik sangka.Mungkin kan ? aku hanya boleh mengagak kenapa dia orang jauh sanggup mari ke pekan Gerik semata-mata mahu berjumpa dengan kekasih dia kan ?sebab perkataan 'kekasih; hanya mampu membuatkan seorang lelaki mahupun wanita itu tersenyum girang.Cinta kan ? cinta tu madu , cinta tu racun.mungkin ?

Friday, April 20, 2012

come to an end :)


Assalamualaikum , aku dah berfikir dengan masaknya dan begitu matang sekali , aku nak buat satu lagi blog , tapi blog pasal kedewasaan , pasal pembelajaran dan keagamaan memandangkan blog yang nih yang wat masa sekolah dulu , waktu sekolah dengan waktu kat institut sangat berbeza , tetapi akan ada 8 dari 10 orang cakap sekolah itu memori terindah , aku sangat setuju , tapi semenjak aku dah keluar dari sekolah aku kena ubah cara pemikiran aku , biarlah aku berkelakuan macam budak budak tapi fikiran aku keluar dari kotak.biar aku berfikiran tanpa batas tapi aku tahu apa yang aku lakukan.Aku tahu hukum hakam agama , batas batas pergaulan , kalau aku salah , TEGUR jangan sombong , INGAT ! Allah itu MAHA BESAR dan MAHA BIJAKSANA.tunggu jelah kedatangan blog baru yang lebih HOT dan kontroversi , hehe , saya budak baru belajar :)
previous home